awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai perabot 30 tahun tinggal abu dalam kebakaran di Salak Selatan

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2017
00:46 MYT
Kedai perabot 30 tahun tinggal abu dalam kebakaran di Salak Selatan
Lima jentera bersama 36 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Hang Tuah dan Bandar Tun Razak terlibat dalam operasi memadam kebakaran. - Foto Astro AWANI
Sebuah kilang perabot berusia lebih 30 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Salak Selatan, di sini malam tadi.
Menurut Penolong Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Mohammad Nuain Izzuddin Mohammad Nahafiah, kejadian dilaporkan berlaku kira - kira jam 10.29 malam tadi.
Lima jentera bersama 36 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Hang Tuah dan Bandar Tun Razak terlibat dalam operasi memadam kebakaran.
Menurut beliau, api marak dengan cepat, kerana bangunan kilang berkenaan diperbuat daripada kayu.
Anggota bomba mengambil masa hampir 2 jam untuk memadamkan kebakaran dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak satu kilometer.
“Kesukaran yang kita hadapi ini adalah jalan yang sempit menyebabkan jentera kita hanya satu sahaja kita boleh guna dan kita buat satu aliran dan pecahkan kepada pelbagai aliran untuk buat pemadaman ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tambahnya lagi, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Kampung Baru
#kebakaran
#Kuala Lumpur
#operasi
#Salah Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan