JAKARTA: Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini daripada 1.48 juta tahun lepas didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines.
Berucap di Sesi Rangkaian Perniagaan Sarawak di Indonesia (Sarawak Business Networking Session Roadshow to Indonesia) pada Isnin, beliau berkata beberapa laluan baharu telah diperkenalkan tahun ini seperti dari Balikpapan dan Kertajati ke Kuala Lumpur serta dari Jakarta ke Kuching, Sarawak.
"Selain itu, akses melalui laut dari Medan, Pekanbaru, Batam dan Nunukan ke Malaysia serta laluan darat dari Pontianak ke Kuching, Sarawak juga terus bertambah," katanya.
Jerayawara anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Jakarta akan disusuli di Balikpapan dan Banjarmasin sebagai usaha mempromosi Sarawak kepada masyarakat Indonesia, dengan kerjasama Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Tourism Malaysia Jakarta dan Association of Indonesian Tours and Travel Agencies.
Terdahulu, Syed Md Hasrin berkata seramai 1,037,450 pelancong Malaysia berkunjung ke Indonesia pada 2022.
"Saya yakin dengan menjaga hubungan baik dan kerjasama dua hala yang terus ditingkatkan, khususnya dalam hal aksesibiliti, maka industri pelancongan kedua-dua negara dapat semakin berjaya di masa depan," katanya.
Sementara itu, pemangku ketua pegawai eksekutif STB Yusfida Khalid berkata Sarawak mencatat lebih 200,000 kedatangan pelancong Indonesia dari semua pintu masuk dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding 46,000 pelancong pada tempoh yang sama tahun lepas.
Penganjuran acara Sarawak International Dragon Boat Regatta bulan depan dan Sarawak Regatta pada November akan menarik lebih ramai pelancong Indonesia ke Sarawak, katanya di majlis yang turut dihadiri oleh pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Syed Md Hasrin berkata kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines. - Foto Facebook/Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat, kata Duta Besar M'sia
Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini daripada 1.48 juta tahun lepas didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara.
Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia
Lokasi pelancongan utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui pelancong Indonesia.