Kerajaan akan sentiasa menghormati dan terus mempertahankan kedaulatan institusi raja rerperlembagaan, tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta keistimewaan orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipertahan dan dipelihara.
Selain itu, Perdana Menteri berharap negara akan terus bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan untuk membolehkan Malaysia Baharu dapat dibangun dan dimajukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
"Kerajaan Tuanku menyedari ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar termasuk dalam bentuk halangan-halangan kepada perdagangan bebas serta ketidakstabilan dalam mata wang global boleh memberi kesan kepada Negara.
"Bagi mengatasi keadaan ini, kerajaan akan sentiasa melakukan pelbagai strategi di peringkat domestik dan antarabangsa untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Di samping itu, usaha-usaha Kerajaan untuk memulihkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara serta melunaskan janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat semakin berhasil," katanya semasa menyampaikan ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Menurut Perdana Menteri, pelbagai inisiatif di bawah visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah mula dilaksanakan bagi memastikan kekayaan negara dapat diagihkan dengan menyeluruh dan merancakkan pertumbuhan ekonomi seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat.
"Kerjasama dan sokongan rakyat serta penglibatan semua pihak sangat diperlukan untuk memastikan negara terus makmur dan sejahtera serta dihormati di persada antarabangsa. Insyaallah, impak positif inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan dapat dirasai rakyat," tambahnya.
Kerajaan juga bertekad untuk mengukuhkan pentadbiran berdasarkan kepada prinsip rule of law dan pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, kekayaan negara akan diurus dan digembleng dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana agar dapat dikecap oleh segenap lapisan rakyat.
"Umumnya rakyat negara ini percaya bahawa perpaduan yang merentasi batas etnik dan agama adalah penting untuk menjadikan Malaysia baharu yang harmoni dan aman damai. Rakyat juga kini semakin matang dalam menghadapi ancaman-ancaman yang mampu memecah belahkan
perpaduan.
"Justeru, kerajaan akan terus memperkukuhkan perpaduan dan melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan keharmonian kaum terus dipelihara.
"Anak-anak muda hari ini adalah gambaran negara pada masa hadapan. Oleh itu, penglibatan anak-anak muda dalam merealisasi agenda kerajaan akan diarus perdanakan. Pada masa yang sama, semangat kesukarelawan serta keusahawanan dalam kalangan anak muda akan terus diterapkan
untuk melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai murni, menjadi lebih produktif dan berdaya saing terutama dalam menghadapi perkembangan Revolusi Industri 4.0," kata beliau lagi.
Kerajaan juga, kata Dr Mahathir, akan terus memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara dan tidak diabaikan.
"Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap pencemaran alam sekitar akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya. Bagi memastikan insiden-insiden seperti ini tidak berlaku lagi, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam melindungi dan memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara," ujar beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Mon Sep 09 2019
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar BERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.