awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kedaulatan negara jadi keutamaan' - TPM

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/11/2016
06:41 MYT
'Kedaulatan negara jadi keutamaan' - TPM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan lawatan rasmi enam hari ke China, bukan sahaja untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala, tetapi juga kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa. - Foto Bernama
Kerajaan sentiasa menitikberatkan isu kedaulatan negara dalam hubungan atau pelaburan langsung asing (FDI) dari mana-mana negara di dunia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, paling penting ia membawa keuntungan serta pulangan balik demi kemajuan negara.
"Apa yang berlaku di dalam mana-mana proses FDI di mana-mana negara termasuk ketika zaman beliau (Tun Mahathir) sendiri, tentu faktor kedaulatan jadi keutamaan.
"Apa yang dilabur oleh pelabur China, ia beri keuntungan dari segi pulangan dan pembangunan ekonomi negara kita," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang terhadap kebergantungan keterlaluan negara pada pinjaman daripada satu-satu sumber seperti China.
Dr Mahathir juga memberi amaran ia boleh membahayakan kedaulatan negara selain mendakwa China dilihat bersikap memaksa dalam isu tuntutan bertindih Lautan China Selatan.
Dalam pada itu tegas Datuk Seri Ahmad Zahid lagi, isu FDI dan Laut China Selatan adalah dua perkara yang berbeza.
Sebelum ini, beliau berkata, Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat.
Jelasnya, ia termasuk hubungan GTG (kerajaan-dengan-kerajaan), P2P (rakyat-dengan-rakyat) selain B2B (perniagaan-dengan-perniagaan).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan lawatan rasmi enam hari ke China, bukan sahaja untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala, tetapi juga kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa.
Lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib ke China adalah pada 2009 dan kedua pada 2014 bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#China
#FDI
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan