awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
Anwar ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia
California keluar surat arahan pemberhentian kepada xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri nyaris disamun

Bernama
Bernama
24/12/2013
06:47 MYT
Kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri nyaris disamun
Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Fail
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar nyaris menjadi sebahagian statistik jenayah apabila kediamannya di Green Road di sini cuba dipecah masuk dalam kejadian awal hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, dalam kejadian 3.15 pagi itu, perbuatan penjenayah mengumpil tingkap menyebabkan penggera keselamatan di kediaman tersebut berbunyi.
"Sebaik mendengar bunyi penggera, dua anggota polis dan tiga anggota Rela yang sedang meronda di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi dan ternampak dua suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika dikejar oleh anggota pasukan peronda berkenaan. Menurutnya siasatan awal polis mendapati penjenayah membuat lubang pada pagar untuk masuk ke kawasan pekarangan rumah.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri itu, Wan Hamzah Wan Paee berkata Wan Junaidi sekeluarga tiada di rumah kerana sedang bercuti.
Saya akan berjumpa dengan pihak polis bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian, katanya.
Topic Berkaitan
#rompak
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan