awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan kewangan negeri Sabah baik - Audit

Bernama
Bernama
21/11/2016
23:49 MYT
Kedudukan kewangan negeri Sabah baik - Audit
Audit berkenaan juga menyarankan agar kerajaan Negeri Sabah mengurangkan tunggakan hasil/Pinjaman Boleh Dituntut supaya kedudukan kewangan berada dalam keadaan yang lebih kukuh. - Foto Bernama
Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2015 masih di tahap baik walaupun terdapat penurunan dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 2, prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan negeri juga masing-masing adalah pada tahap baik dan memuaskan.
"Selain itu, prestasi pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10 (2011 hingga 2015) pada akhir tahun 2015 juga baik di mana 98.8 peratus projek telah siap dilaksanakan dengan perbelanjaan mencapai 84.1 peratus daripada peruntukan," menurut Laporan Audit berkenaan.
Laporan itu juga menyebut bahawa prestasi kewangan kerajaan negeri Sabah masih boleh dimantapkan lagi dan mengsyorkan tindakan penambahbaikan seperti meneruskan usaha amalan perbelanjaan berhemat.
Audit berkenaan juga menyarankan agar kerajaan Negeri Sabah mengurangkan tunggakan hasil/Pinjaman Boleh Dituntut supaya kedudukan kewangan berada dalam keadaan yang lebih kukuh.
Projek pembangunan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi meningkatkan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat manakala ketua jabatan atau agensi perlu meningkatkan penglibatan secara 'hands on' dalam urusan kewangan, syor laporan itu.
"Ketua jabatan dan agensi perlu mewujudkan sistem 'check and balance', mengadakan pemantauan berterusan, spot check dan penilaian secara berkala terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pegawai termasuk memberi latihan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai," cadang laporan itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ambrin Buang
#Jabatan Audit Negara
#Laporan Ketua Audit Negara
#Sabah
#Tahun 2015 Siri 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan