HANOI: Kedudukan Kontinjen Malaysia dalam carta pungutan pingat semakin membimbangkan apabila terus turun ke tangga keenam setelah temasya Sukan SEA ke-31 di sini, memasuki hari kesembilan, pada Isnin.
Kedudukan itu pastinya mencemaskan kerana kontinjen negara sering berada di kedudukan lima teratas dalam sukan dwitahunan tersebut kecuali sekali di tempat keenam pada edisi 1983 di Singapura.
Dengan pungutan tiga pingat emas, masing-masing dalam acara pencak silat, gimnastik dan olahraga semalam, Malaysia kini mengumpul 19 pingat emas, 24 perak dan 44 gangsa untuk berada di kedudukan keenam, turun satu tangga dari tempat kelima, semalam.
Tuan rumah, Vietnam terus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu setelah mengumpul 88 pingat emas, 54 perak dan 55 gangsa, diikuti Thailand di tempat kedua 36-38-53, Filipina 30-34-44, Singapura 24-25-30 dan Indonesia di tempat kelima dengan pungutan 23-36-30.
Pada saingan semalam, gelanggang silat menyumbangkan pingat emas pertama buat negara menerusi Muhammad Khairi Adib Azhar dalam aksi penuh mendebarkan dalam final silat tanding kelas B Lelaki (50-55kg).
Kecemerlangan pesilat muda itu, bagaimanapun gagal diterjemahkan tiga lagi pesilat negara di pentas final apabila srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, Siti Shazwana Ajak dan Billage Nakang terpaksa akur di tangan lawan masing-masing dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Di Pusat Gimnasium Quan Ngua, gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA Hanoi menerusi acara titian imbangan.
Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, sebelum ini memenangi emas acara palang bertingkat, dan gangsa bagi acara all-around individu.
Sementara itu, atlet lompat bergalah wanita kebangsaan Nor Sarah Adi mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia dalam acara berkenaan pada temasya sukan dwitahunan tersebut.
Kuartet 4x100m lelaki negara dibarisi Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail dan juara bertahan acara 100m lelaki Muhammad Haiqal Hanafi turut berjaya mempamerkan aksi terbaik apabila merangkul perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara itu.
Setelah 11 tahun kemarau pingat, skuad berbasikal bukit wanita negara memperagakan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara Cross Country Olympic, masing-masing menerusi Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon.
Di Pusat Akuatik My Dinh, skuad negara akhirnya berjaya menuai pingat apabila perenang muda Khiew Hoe Yean meraih dua perak masing-masing dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki dan 200m kuak lentang lelaki, selepas Malaysia kempunan merangkul sebarang pingat sejak saingan bermula Sabtu lepas.
Sukan menembak turut melegakan kontinjen negara apabila Hafiz Adzha yang lima tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa mencipta kejutan merangkul pingat perak acara 25 meter (m) Rapid Fire Pistol.
Temasya Sukan SEA Hanoi akan bersambung hari ini dengan beberapa acara menjadi tumpuan, antaranya taekwondo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Muhammad Khairi menunjukkan pingat emas yang dimenanginya menerusi acara Silat Tanding Kelas B Lelaki (50-55kg) pada Sukan SEA ke-31 di Gelanggang Silat Pusat Sukan Bac Tu Leim, Hanoi, 16 Mei 2022. --fotoBERNAMA
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.