Skip to main content

Malaysia

Kedudukan Raja Pemerintah diperuntuk dalam Perlembagaan, proses undang-undang - IDEAS

SEREMBAN, Ogos -- Jalur Gemilang menghiasi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato' Abd Malek hari ini.  Seramai 864,425 pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri di negeri ini berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Seramai 83 calon daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Bebas bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.  Rakyat Malaysia akan melaksa
IDEAS berpendapat ketertiban perlembagaan tidak boleh digantikan dengan perisytiharan secara sepihak atau tafsiran yang dipertikaikan. - Gambar hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menegaskan sebarang cubaan untuk mengubah kedudukan Raja Pemerintah mesti mematuhi sepenuhnya peruntukan Perlembagaan dan proses yang sah di sisi undang-undang.

Menurut IDEAS, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memperuntukkan struktur yang jelas berhubung penurunan takhta dan penggantian Yang di-Pertuan Besar. 

Advertisement

“Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berteraskan prinsip bahawa segala bentuk kuasa, politik, pentadbiran dan adat hendaklah berada dalam kerangka undang-undang serta Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan pengisytiharan yang diketuai oleh seorang bekas Undang Luak, yang menyeru agar Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, turun takhta dan digantikan.

Institut pemikir itu turut memetik kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Hishamudin Yunus, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge hari ini dengan andaian bahawa tiada proses sewajarnya dilaksanakan dalam tuntutan supaya baginda turun takhta. 

Menurutnya, pengisytiharan itu turut dibacakan oleh bekas Undang Luak Sungei Ujong, yang penyingkirannya oleh waris beliau sendiri telah diiktiraf sewajarnya oleh Dewan Keadilan dan Undang.

IDEAS berpendapat ketertiban perlembagaan tidak boleh digantikan dengan perisytiharan secara sepihak atau tafsiran yang dipertikaikan.

Tambahnya, tindakan yang menimbulkan ketidaktentuan terhadap autoriti perlembagaan berisiko menjejaskan kepercayaan rakyat, bukan sahaja terhadap institusi diraja tetapi juga terhadap tadbir urus secara keseluruhannya. 

“Kami menegaskan semula bahawa penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang, pematuhan kepada proses perlembagaan, serta komitmen terhadap tadbir urus baik dan berintegriti kekal sebagai elemen yang tidak boleh diketepikan bagi pembangunan demokrasi dan daya tahan institusi Malaysia,” katanya lagi.

Must Watch Video