KOTA KINABALU: Ancaman keganasan dan ekstremisme perlu diberikan perhatian setara dengan isu-isu lain, bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.
"Islam mengajar umatnya sentiasa menjaga kerukunan hidup bertunjangkan semangat damai dan sejahtera, oleh itu kerjasama semua negara anggota MABIMS perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kertas Tema Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Ke-46 di sini hari ini.
Beliau berkata ekstremisme adalah satu fahaman yang melampaui batas sehingga melebihi had dan ketentuan yang sewajarnya, sama ada dari perspektif peraturan mahupun kemanusian.
Selain itu, Idris berkata SOM MABIMS mampu membentuk kesepakatan negara anggota untuk menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik.
Malaysia merupakan tuan rumah SOM MABIMS Ke-46 yang berlangsung di Kota Kinabalu bermula semalam hingga Jumaat ini.
"Semoga pertemuan kali ini yang dihadiri lebih daripada 200 peserta akan membuahkan hasil terbaik dalam rangka untuk memperkasakan umat Islam di Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura," kata Idris.
Beliau berkata seminar berkenaan adalah wadah terbaik untuk MABIMS bermuzakarah dan berkongsi idea untuk mengatur strategi bagi merealisasikan kesejahteraan ummah serta kehidupan beragama secara harmoni di negara masing-masing.
"Kesatuan dalam kalangan negara serumpun dan serantau merupakan satu perkara yang amat penting dalam kita mengharungi krisis yang berlaku di peringkat serantau dan global khususnya melibatkan ekonomi, ideologi, sosial, kesihatan dan keselamatan," katanya.
Katanya matlamat penubuhan MABIMS adalah untuk mewujud dan mengukuhkan semangat persaudaraan sedia ada dalam kalangan umat Islam di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Pakistan kecam serangan Israel guna peranti komunikasi di Lubnan
Menggunakan kaedah siber dan elektronik untuk melakukan keganasan di negara lain adalah tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch.
Pakistan bertindak tegas dalam memerangi keganasan
PM Shehbaz Sharif mempengerusikan mesyuarat kabinet persekutuan di Islamabad untuk membincangkan tentang serangan di Balochistan.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
Angka korban serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu meningkat kepada 32
Pada Jumaat, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Pantai Lido yang popular berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia.
Bangladesh sambung semula internet mudah alih selepas 10 hari tanpa perkhidmatan
Perkhidmatan itu disambung semula pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan
Polis Perancis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris.
PM Bangladesh tuduh pembangkang dalangi keganasan protes pelajar
Sheikh Hasina mendakwa parti pembangkang utama BNP dan Parti Jamaat e-Islami menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran negara itu.