Keghairahan menyebarkan berita, gambar dan video di kalangan pengguna media sosial semakin menjadi-jadi, menyaksikan ada di kalangan pengguna media sosial berlumba-lumba menjadi wartawan tanpa organisasi.

Paling dikesalkan, mereka taksub sehingga mengetepikan sensitiviti masyarakat, mungkin secara sedar atau tidak.

Jadi, adakah masyarakat kita cukup sensitif dalam menyebarkan berita di media sosial?

Kebertanggungjawaban media sosisal sebagai fokus utama Awani745 dibincangkan bersama dua tetamu jemputan iaitu Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar dan Penulis Blog Tun Faisal Ismail.