awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegiatan seludup ke negara jiran punca bekalan telur ayam kurang - Annuar

Bernama
Bernama
06/11/2022
13:15 MYT
Kegiatan seludup ke negara jiran punca bekalan telur ayam kurang - Annuar
Kekurangan bekalan telur ayam dalam negara ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kekurangan bekalan telur ayam dalam negara ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia.
"Bekalan telur ayam mengalami kekurangan lebih 100,000 biji sebulan, kita rayu supaya mereka yang terlibat dalam kegiatan ini agar tidak menyeludup ke Thailand.
"Kita tidak dapat tambah bekalan telur ayam dengan kadar segera memandangkan proses ayam gantian untuk menghasilkan telur baharu memerlukan tempoh sehingga empat bulan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 mangsa ribut dekat Kampung Tegayong, Melor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata isu kekurangan bekalan telur ayam dijangka dapat dipulihkan pada akhir Disember depan.
"Pihak kita pernah mengadakan perbincangan untuk import telur ayam tetapi kita dapati harganya lebih mahal berbanding Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan telur ayam kurang
#seludup ke negara jiran
#Thailand
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan