Kehadiran Putin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diketahui hari ini - PM Anwar

Menurut Anwar, setakat ini kehadiran rasmi yang diterima adalah daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia, namun terdapat kemungkinan Putin akan hadir jika ada keputusan saat akhir dibuat. - Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan diketahui hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Putin memaklumkan kepada beliau sebelum ini di Beijing, China bahawa jemputan itu akan dipertimbangkan secara serius.
“Kami telah menghantar jemputan kepadanya. Putin ada memberitahu saya di Beijing bahawa beliau akan mempertimbangkannya secara serius. Buat masa ini, beliau menghantar Timbalan Perdana Menteri.
“Kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang atau tidak. Saya rasa tidak begitu mungkin sekarang (untuk Putin hadir) tetapi beliau memang ada menyatakan minat untuk hadir, tapi kita lihatlah nanti. Secara rasmi, hanya Timbalan Perdana Menteri Rusia yang akan hadir setakat ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam Forum Ilmu Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini, pada Selasa.
Menurut Anwar, setakat ini kehadiran rasmi yang diterima adalah daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia, namun terdapat kemungkinan Putin akan hadir jika ada keputusan saat akhir dibuat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami