Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Oktober 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat sambil menegaskan hasratnya untuk terus "bersikap baik terhadap China".
Malaysia mencatat detik bersejarah dalam bidang angkasa apabila satelit pertama negara berasaskan teknologi Synthetic Aperture Radar (SAR), TerraX-1 (AIRSAT-03), berjaya dilancarkan pada 19 Oktober lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kewajaran kerajaan mengenakan cukai tambahan kepada rakyat sekiranya hasil kutipan sedia ada masih tidak diurus dengan berhemah dan terus mengalami ketirisan besar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial sebagai langkah mengekalkan integriti pasaran dan profesionalisme dalam landskap korporat serta ekonomi negara.
Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis 2025.
Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya didakwa atas pertuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebaliknya pegawai-pegawai syarikat itu yang perlu memikul tanggungjawab sebenar.
Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mendakwa seorang pelajar lelaki berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4 di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Malaysia Airports Group mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 40.6 juta pada suku ketiga tahun ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pengalaman lebih sedekad dipenjara sebagai titik perubahan besar dalam hidupnya, yang membuka mata terhadap sisi gelap sistem keadilan dan jurang sosial yang ketara.
Seorang pelajar senior memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa dia tidak percaya terhadap tuduhan kononnya Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencuri, sebaliknya menggambarkan remaja itu suka membantu rakan-rakannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami