Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 21 Oktober 2025.
Beberapa perkara berkaitan kepentingan perdagangan Malaysia dan usaha keamanan global, termasuk isu Gaza akan dibincangkan secara tertutup bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ini merupakan kali pertama Trump secara terbuka menyebut rancangan lawatan beliau ke Malaysia dan Jepun.
Pelantikan rasmi dijadual berlangsung petang ini selepas mendapat pengesahan daripada Dewan Negara dan pertemuan dengan Maharaja Naruhito.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas pada Isnin mengesahkan bahawa blok itu masih mengekalkan kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap pendudukan Israel.
Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance, berlepas ke Tel Aviv pada Isnin dalam usaha mempertingkatkan diplomasi bagi mengembalikan pelan gencatan senjata Gaza.
PBB menyatakan dorongan terhadap komitmen semula gencatan senjata di Gaza, namun memberi amaran bahawa keganasan terkini boleh menjejaskan kemajuan rapuh gencatan senjata.
"Perang adalah sesuatu yang sangat pelik. Banyak perkara buruk berlaku dan kadang-kadang perkara baik juga berlaku," kata Presiden Trump.
8. Indonesia: Presiden Prabowo arah kos haji diturunkan, giliran menunggu dipendekkan kepada 26 tahun
Pesiden yakin sasaran itu boleh dicapai memandangkan kerajaan kini telah menubuhkan Kementerian Haji dan Umrah, berbanding sebelum ini yang diuruskan oleh Badan Penyelenggara Haji.
Kerajaan telah menyediakan dana dan tapak kilang bagi projek berkenaan dan pasukan pembangunan kini sedang giat menjalankan kerja-kerja persiapan.
Presiden Malawi Peter Mutharika pada Ahad mengumumkan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah bermula Januari 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami