awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran Putin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diketahui hari ini - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
21/10/2025
05:54 MYT
Kehadiran Putin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diketahui hari ini - PM Anwar
Menurut Anwar, setakat ini kehadiran rasmi yang diterima adalah daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia, namun terdapat kemungkinan Putin akan hadir jika ada keputusan saat akhir dibuat. - Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan diketahui hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Putin memaklumkan kepada beliau sebelum ini di Beijing, China bahawa jemputan itu akan dipertimbangkan secara serius.
“Kami telah menghantar jemputan kepadanya. Putin ada memberitahu saya di Beijing bahawa beliau akan mempertimbangkannya secara serius. Buat masa ini, beliau menghantar Timbalan Perdana Menteri.
“Kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang atau tidak. Saya rasa tidak begitu mungkin sekarang (untuk Putin hadir) tetapi beliau memang ada menyatakan minat untuk hadir, tapi kita lihatlah nanti. Secara rasmi, hanya Timbalan Perdana Menteri Rusia yang akan hadir setakat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam Forum Ilmu Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini, pada Selasa.
Menurut Anwar, setakat ini kehadiran rasmi yang diterima adalah daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia, namun terdapat kemungkinan Putin akan hadir jika ada keputusan saat akhir dibuat.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Vladimir Putin
#ASEAN
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami