awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan Bella: Beri ruang polis jalankan siasatan

Bernama
Bernama
03/01/2024
13:45 MYT
Kehilangan Bella: Beri ruang polis jalankan siasatan
Polis berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis. - Gambar hiasan/BERNAMA
BATU PAHAT: Pihak keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis.
"Siasatan secara terperinci akan dilakukan dari setiap sudut dan ada beberapa perkara yang kami tidak boleh dedahkan agar ia tidak menganggu siasatan polis.
"Sebelum ini polis ada menahan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dipercayai teman lelaki wanita itu, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak mustahil akan memanggilnya sekiranya perlu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Setakat ini, Ismail berkata lima individu telah direkod keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, kakak mangsa Norhisham, 36, ketika ditemui menyatakan keluarganya mengharapkan agar Bella dapat ditemui walau apa juga keadaannya.
Menurutnya hingga kini banyak pihak telah menghubungi mereka sekeluarga dan menawarkan diri untuk membantu mencari Bella dengan pelbagai kaedah.
"Alhamdulilah, satu Malaysia prihatin dengan kehilangan adik saya hinggakan saya dihubungi oleh mereka yang berada di Sabah dan bersedia datang ke sini (Batu Pahat) untuk membantu mencari Bella.
"Kami sekeluarga juga telah bertemu beberapa ustaz bagi mendapatkan pandangan mereka, namun dalam masa yang sama menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan hingga Bella ditemui," katanya.
Terdahulu, Bella yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, dilaporkan hilang selepas didakwa keluar bersama teman lelakinya ke sebuah kedai dobi di daerah ini dengan laporan polis dibuat ahli keluarganya pada 16 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kehilangan Bella
#Mira Sharmila Samsusah
#Polis Daerah Batu Pahat
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan