awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2014
16:20 MYT
Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian
Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.
Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.
Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal , kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.
Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.
Pasport Maraldi dilaporkan telah dicuri tahun lepas.
Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.
Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.
Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel .
Topic Berkaitan
#Kate Hodal
#MAS
#MH370
#the guardian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan