awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2024
09:54 MYT
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
Kejayaan melakukan pemindahan jantung dua remaja itu amat bermakna selepas ia terhenti akibat kekurangan penderma organ. - Gambar ihsan IJN
KUALA LUMPUR: Kejayaan Institut Jantung Negara (IJN) melakukan dua pemindahan jantung melibatkan remaja belasan tahun membuktikan keperluan kritikal untuk peningkatan penyertaan penderma organ di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, kejayaan melakukan pemindahan jantung dua remaja itu amat bermakna selepas ia terhenti akibat kekurangan penderma organ.
“Kami berbangga meraikan dua kemenangan perubatan ini, terutamanya selepas terhenti dalam pembedahan pemindahan kerana kekurangan penderma organ.
“Kejayaan ini juga membuktikan kekuatan komuniti kita. Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah membantu kami mengubah kehidupan pesakit muda ini, termasuk Kementerian Kesihatan, Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi IJN Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas sokongannya terhadap Program Jantung, Pemindahan Paru-paru dan Jantung Mekanikal IJN.
“Sokongan dan geran kementerian untuk program ini telah memberi manfaat kepada 77 pesakit setakat ini.
"Kami berharap kerjasama ini terus membantu kami menawarkan peluang menyelamatkan nyawa untuk lebih ramai pesakit, dan amat mengalu-alukan potensi perkongsian dengan sektor korporat untuk tujuan ini juga,” katanya.
Kedua-dua pesakit itu, yang berusia lewat belasan tahun, menerima pemindahan jantung mereka pada Januari lalu dan semakin pulih selepas pembedahan.
Kedua-dua pesakit telah didiagnosis dengan non-ischaemic dilated cardiomyopathy, penyakit otot jantung yang meregangkan dan menipiskan ruang jantung.
Ini menjadikan jantung lebih sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan dan kadangkala boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Istitut Jantung Negara
#Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim
#Program Jantung Pemindahan Paru-paru dan Jantung Mekanikal IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan