awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan inisiatif NBOS: Malaysia jadi perhatian negara, pertubuhan antarabangsa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/08/2016
07:54 MYT
Kejayaan inisiatif NBOS: Malaysia jadi perhatian negara, pertubuhan antarabangsa
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) menunjukkan buku Strategi Lautan Biru pada pelancaran hari terbuka Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -- fotoBERNAMA
Malaysia menjadi perhatian oleh beberapa negara luar dan pertubuhan antarabangsa dalam kejayaan melaksanakan lebih 90 inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata wakil-wakil antarabangsa akan dibawa melawat projek-projek di bawah NBOS sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru.
"NBOS kita ini merupakan satu pendedahan kepada negara luar. Jadi sepanjang minggu NBOS ini kita akan bawa wakil-wakil antarabangsa untuk melawat projek-projek kita untuk tunjukkan ia bukan hanya sekadar teori tapi kita berjaya melaksanakan lebih 90 inisiatif.
"Badan-badan antarabangsa yang menunjukkan minat terhadap NBOS ini antaranya Bank Dunia dan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Terbuka NBOS dan 'NBOS Coffee Table Book' hari ini.
Tan Sri Dr Ali berkata dalam persidangan Strategi Lautan Biru yang julung kali diadakan itu, Malaysia akan memperkenalkan konsep NBOS dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program NBOS bagi memantapkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
"Kita jemput penulis buku Strategi Lautan Biru sendiri untuk memberi penerangan tentang konsep itu dan melihat apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di luar negara," katanya.
Persidangan tersebut merupakan antara kemuncak pada Minggu Antrabangsa NBOS yang berlangsung selama tujuh hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut diadakan pameran berkaitan NBOS di mana penganjur menjangkakan ia mampu menarik kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Antara inisiatif NBOS yang dipamerkan adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth (1M4U) dan 1Malaysia Entrepreneurs (1MET).
Persidangan antarabangsa yang bertemakan 'Mentransformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi' akan diadakan di PICC dari 16 hingga 18 Ogos serta persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di venue sama dari 18 hingga 20 Ogos.
Topic Berkaitan
#Hari Terbuka NBOS
#ketua setiausaha negara
#Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
#Tan Sri Dr Ali Hamsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan