Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.
"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, dengan cara terbuka tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Najib menegaskan langkah itu akan dilakukan secara rasional kerana untuk mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta ia mestilah lebih baik daripada akta sedia ada.
"Dalam hal itu kita akan melakukan rundingan dengan semua 'stake holder' (pihak berkepentingan), tentu sekali yang dilihat bersuara dalam hal ini ialah kumpulan yang mewakili orang Melayu," katanya.
Najib berkata beliau faham mengapa komuniti Melayu menyuarakan pandangan berkaitan Akta Hasutan kerana terdapat isu yang paling dekat dengan mereka iaitu berkaitan Islam, raja-raja Melayu dan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, Najib berkata apa jua keputusan bakal diambil berkaitan Akta Hasutan dan Akta Keharmonian Nasional tidak akan menyebabkan orang Melayu atau bukan Melayu rasa lebih bimbang, kurang yakin serta tergugat.
"Kalau tidak lebih baik mengapa kita ambil langkah itu, adalah sesuatu yang tidak wajar apa jua langkah pembaharuan kalau ia bukan langkah lebih baik.
"Sebab itu semua proses berhubung langkah itu mesti diuruskan dengan baik supaya pada kesudahannya dan keputusan dibuat akan mencerminkan satu keadaan lebih baik," kata perdana menteri.
Rakyat juga, katanya, perlu faham bahawa kerajaan tidak akan buat sesuatu keputusan yang boleh membawa ketidakadilan atau kemarahan mana-mana komuniti di dalam negara.
Pada perhimpunan itu, perdana menteri turut melahirkan rasa syukurnya kerana sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia diraikan dengan perasaan bangga dan semangat patriotisme, meskipun negara masih diselubungi kesedihan berikutan dua tragedi yang menimpa pesawat MAS itu.
Tema yang dipilih tahun ini 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta', juga amat bertepatan dan sudah menjadi sebut-sebutan serta popular, kata Najib.
Selain itu, beliau berkata kebersatuan dan perpaduan semasa bertafakur selama seminit pada Istiadat Penerimaan Jenazah MH17 pada 22 Ogos juga menunjukkan perpaduan dalam keharmonian rakyat Malaysia.
"Peristiwa seumpama itu belum pernah berlaku jadi ia merupakan satu ujian kerana bila berlaku satu peristiwa yang menyentap perasaan boleh dilihat terdapatnya penyatuan perasaan menerusi tindakan kebersamaan," katanya.
Bernama
Mon Sep 08 2014
Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, kata Najib Razak.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.