KUALA LUMPUR: Berpuasa pada bulan Ramadan pastinya akan membuatkan badan mudah lesu, lapar dan mengantuk, namun ia bukanlah alasan untuk tidak kekal cergas dan enggan melakukan senaman seperti kelaziman.
Atas faktor itu, soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Menurut Profesor Pusat Nutrisi dan Dietetik di Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Suzana Shahar berkata bersahur amat penting membantu menambah tenaga ketika berpuasa serta memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Menurutnya, amalan bersahur dengan makan makanan karbohidrat yang berasaskan slow release carbohydrate iaitu karbohidrat diambil tetapi gulanya akan dibebaskan untuk menjadi tenaga seterusnya berfungsi sebagai bekalan ketika berpuasa dan akan 'dilepaskan' secara perlahan-lahan.
"Kita digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat kerana ia memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar.
"Ia juga perlu diikuti dengan makanan daripada protein yang akan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberikan fiber atau serat kerana ia melambatkan penghadaman," katanya kepada Bernama.
Jelasnya, membudayakan diet seimbang ketika bersahur akan membuat seseorang itu kekal bertenaga sepanjang kira-kira 14 jam tempoh berpuasa.
Selain itu, Suzana yang juga Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM berkata pengambilan air kosong juga perlu mencukupi memandangkan tubuh akan hilang cecair sepanjang tempoh berpuasa dan ia seharusnya bermula dari saat berbuka puasa hingga tibanya waktu imsak.
"Minum air juga kena banyak atau cukup lapan gelas sehari daripada buka puasa sampai sahur keesokan harinya dan elakkan minuman berkafein serta makanan tinggi garam kerana ia akan mempercepatkan proses kehilangan cecair dalam tubuh," katanya.
Sementara itu jurulatih Kecergasan Mohd Arif Afifi Mohamad Sukri, 29, berkata berpuasa tidak sepatutnya dijadikan sebagai halangan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman intensiti rendah seperti berjalan pantas atau brisk walk, berlari perlahan-lahan (slow jog) atau turun naik tangga.
Namun, katanya ia perlu dilakukan mengikut kemampuan diri demi mengelak kejadian tidak diingini seperti dehidrasi atau pitam selain dapat mengekalkan stamina serta kecergasan tubuh badan.
"Waktu yang terbaik untuk bersenam adalah sekitar 30 minit sehingga sejam sebelum tiba waktu berbuka puasa kerana cecair yang hilang di dalam badan dapat diganti semula sejurus selepas berbuka," katanya.
Bagi penyanyi popular tanah air, Muhammad Alif Mohd Satar, 31, atau lebih dikenali sebagai Alif Satar, beliau banyak melakukan senaman intensiti rendah seperti plank dan push up selepas solat tarawih bagi mengekalkan kecergasan selain minum air kosong yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi.
"Bagaimanapun latihan kardio seperti berbasikal dan berlari saya hentikan sementara, kerana waktu ini kita kurang makan menyebabkan kita tidak banyak melakukan pembakaran kalori," katanya yang merupakan pelantun bagi lagu Jangan Nakal.
Alif yang sebelum ini berjaya menamatkan Kejohanan Ironman Langkawi 2019 dalam tempoh 15 jam turut mengamalkan pola pemakanan dengan makan secara lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit selepas berbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat kerana ia memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. - Gambar hiasan/fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok
Dalam video tersebut, Duchy dilihat memanggil nama pemiliknya untuk meminta makanan.
Gajah ditemui mati termakan plastik kerana lapar
Berdasarkan pemerhatian, gajah-gajah liar yang mencari makanan di situ, mati setelah makan sisa-sisa plastik akibat terlalu lapar.
Kibar bendera atau tidak, bantuan tetap diberi - Shariffa Sabrina
Tanda pagar bendera putih berkibaran di alam maya dan di dunia realiti, kibarannya membawa makna adanya kepayahan dan keperitan yang tersembunyi.
Kekal cergas, bertenaga ketika berpuasa, jangan tinggal sahur!
Soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Kemeja batik pembuka selera: Ismail Sabri terhibur kreativiti warganet
Menteri tersebut gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lapar, pelanggan naik berang, tembak pelayan restoran di Paris
Polis Paris sedang memburu pelanggan tersebut yang dilapor melepaskan satu das tembakan yang mengena bahu pelayan berumur 28 tahun.
Ramadan didik umat Islam untuk bersyukur
Bulan Ramandan menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala pemberian Allah yang Maha Esa selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Penghuni pusat jagaan anak-anak yatim di Bachok dakwa terabai
Sebuah pusat jagaan anak yatim persendirian di Bachok yang beroperasi secara haram didakwa mengabaikan 36 penghuninya, sehingga ada yang mendakwa mereka dibiar kelaparan, terabai dan dianiaya.