KUALA LUMPUR:Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus akan memberi sokongan kepada ringgit.
Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan kredit itu berkata ini kerana hasil yang agak tinggi akan terus menarik minat portfolio asing dalam pasaran bon Malaysia.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan penanda aras faedah tidak berubah pada 1.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pertamanya bagi 2021 hari ini.
Pada penutup hari ini, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US pada 4.0430 daripada 4.0480 semasa ditutup semalam.
MARC melihat langkah oleh bank pusat itu sebagai langkah yang wajar, berikutan peningkatan semula kes COVID-19 telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua.
"Kami percaya langkah BNM untuk mengekalkan kadar semasa sebagai wajar," katanya.
Menurut MARC, BNM telah menjelaskan mengenai had dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, berikutan kadar faedah yang rendah akan memberi impak kepada margin faedah bersih bank, menyebabkan bank menjadi lebih berhati-hati dalam aktiviti pinjaman mereka.
Agensi penarafan itu tidak menolak kemungkinan BNM akan memperkenalkan langkah-langkah lain untuk membantu menyokong ekonomi jika risiko penurunan wujud berikutan kes COVID-19 yang meningkat.
Mengenai keputusan BNM melanjutkan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk menggunakan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebagai memenuhi pematuhan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sehingga 31 Dis, 2022, MARC berkata hasil MGS/MGII akan terus menyokong dan berada pada tahap terendah sehingga landasan ke arah pemulihan yang lebih kukuh lebih jelas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

MARC melihat langkah oleh bank pusat itu sebagai langkah yang wajar, berikutan peningkatan semula kes COVID-19 telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua. - bernama.com

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan pembinaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Runtuh | Tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak runtuh, jalan alami kesesakan teruk
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

Haji 2021: Semua petugas kesihatan, sukarelawan wajib divaksin
Pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Mekah.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

AIM nafi spekulasi akan diswastakan - Lajim
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan spekulasi akan diswastakan oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Lajim Ukin.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus pada mesyuarat Khamis ini - Ahli ekonomi
Kalangan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 4 Mac ini .

AMMB setuju selesaikan RM2.83 bilion berkaitan 1MDB dengan kerajaan Malaysia
Pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.6 bilion pada akhir Jan 2021 - BNM
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.63 bilion pada akhir Januari 2021, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$109.7 bln setakat 15 Feb
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109.7 bilion setakat 15 Feb, 2021 daripada US$107.8 bilion pada 15 Jan, 2021.

Program Imunisasi COVID-19 bakal tingkat pelaburan - Pakar ekonomi
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan meningkatkan pelaburan sekali gus menjadikan pengguna berbelanja lebih dalam pasaran negara.

Ketidakpastian ekonomi pacu BNM kurang kadar OPR
Ketidakpastian ekonomi dunia berikutan jangkitan COVID-19 dijangka akan memacu Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 25 mata asas (bps).

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan campur tangan BNM
BNM akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender RM2 bilion, masing-masing selama 14 hari dan 21 hari.

Penguncupan 5.6 peratus KDNK sudah dijangka, namun asas ekonomi masih kekal kukuh
Ekonomi negara yang menyusut sebanyak 5.6 peratus, paling rendah sejak 1998 sebenarnya sudah dijangka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.