KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee.
Beliau berkata, ia susulan insiden menceroboh kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
Katanya, walaupun King Sing mempunyai pas khas, tetapi perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas.
"Tindakan menteri itu (King Sing) juga melanggar seksyen 56(1)(g) Akta Imigresen iaitu menghalang, sama ada secara aktif atau pasif, mana-mana pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugasnya.
"Oleh itu, jika benar menteri telah mengganggu seorang pegawai imigresen daripada menjalankan tugas mereka, maka tindakan menteri itu perlu diambil oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ahli Parlimen Beluran itu menegaskan, pegawai awam perlu dibenarkan menjalankan tugas sah mereka tanpa gangguan dan tekanan daripada mana-mana pihak, apatah lagi jika ia membabitkan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara.
Jelas beliau, insiden sedemikian tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati tugas penjawat awam.
"Amaran tegas perlu diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa.
"Penjawat awam hanya menjalankan tugas mereka mengikut bidang tugas dan fungsi mereka. Tidak wajar mereka dihalang atau dikasari dalam apa jua keadaan," kata Ronald lagi.
King Sing sebelum ini mendakwa kehadirannya di KLIA adalah untuk melakukan pemantauan, namun telah membawa kepada pembongkaran budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang.
Menteri itu memberitahu, beliau ke KLIA selepas menerima aduan daripada seorang pelancong untuk memantau dan memahami suasana ketibaan pelancong asing ke Malaysia.
King Sing juga menafikan tuduhan bahawa kekecohan yang timbul kerana menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 03 2023

Jelas Ronald, insiden sedemikian tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati tugas penjawat awam. - Foto fail/ BERNAMA

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan Menteri MOTAC, dua warga China
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Walaupun King Sing mempunyai pas khas, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.