PENEMPATAN pelajar-pelajar India bagi kursus Matrikulasi tahun 2019 dilaporkan menimbulkan kekecohan dan kemarahan masyarakat India terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut laporan media cetak dan sosial , sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar India memasuki matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM termasuk pelajar-pelajar yang memperolehi 10A ditolak Kementerian Pendidikan.
Persoalannya, apakah rasional dan dasar yang menyebabkan permohonan mereka ditolak walhal PH berjanji akan membela kepentingan kaum India sekiranya kaum India menyokong PH memenangi PRU14?
Isu penolakan sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar India menjadi bahan perbualan hangat di kalangan masyarakat India, termasuk ahli parti politik memerintah (PH) dan parti pembangkang (BN) di seluruh negara.
Media utama Tamil termasuk media sosial saban hari melaporkan kononnya permohonan pelajar-pelajar India yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2018 termasuk pelajar-pelajar yang memperolehi 10 A (10 mata pelajaran) ditolak.
Isu jumlah tempat matrikulasi bagi pelajar-pelajar India bagi tahun 2019 didapati menimbulkan sentimen tidak puas hati di kalangan masyarakat India, malah dijangka bangkit seperti gelombang Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah tercetus pada tahun 2007, sekiranya tidak diurus dengan segera, jujur dan bijak.
Mengubah nasib
Bagi masyarakat India, pelajaran merupakan kunci atau tangga untuk mengubah nasib mereka atau 'pencetus' transformasi ekonomi kaum India.
Malah, ia dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan untuk mengeluarkan masyarakat India daripada putaran kemiskinan.
Menyedari hakikat ini, maka kerajaan BN kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah menambah jumlah kerusi yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar India dalam mempercepatkan proses transforamasi ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup kaum India.
Pada asalnya, sebanyak 500 tempat di kolej matrikulasi dikhaskan untuk pelajar-pelajar India.
Bilangan ini ditingkatkan kepada 2,200 tempat oleh kerajaan BN semasa kepimpinan Datuk Seri Najib sebelum kerajaan BN ditumbangkan.
Namun, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat, sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar cemerlang dan layak memasuki kursus matrikulasi ditolak.
Masyarakat India juga tidak dimaklumkan jumlah kerusi yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar India.
Kedudukan ini menimbulkan bukan sahaja perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat India malah menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan PH dengan sengaja mengenepikan keperluan dan kepentingan kaum India.
Ada pihak yang mendakwa pendirian Kementerian Pelajaran dalam hal ini jelas bertentangan dengan manifesto PRU14 Pakatan Harapan, malah ada pihak yang mendakwa PH cuba 'rub salt into the wound' dan meminta menteri yang berkaitan dengan isu matrikulasi meletak jawatan.
Dalam pada itu, perlu juga dilihat pekembangan terakhir dalam landskap politik negara di mana peralihan sebahagian besar sokongan pengundi India daripada PH kepada BN yang menyebabkan calon-calon BN menang pada PRK secara berturut-turut tahun ini.
Malah, PRK Rantau baru-baru ini yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti besar jelas menunjukkan fenomena peralihan pengundi India secara nyata.
Persoalanya, apakah yang menyebabkan peralihan sokongan pengundi India ini?
Meskipun hampir genap satu tahun Putarajaya diambil alih oleh kerajaan PH, janji-janji yang diberikan kepada rakyat melalui manifestonya semasa PRU14 belum dilunaskan.
Malah, indikator-indikator ekonomi menunjukkan kedudukan ekonomi negara amat membimbangkan kerana prestasinya semakin merudum, dasar fisikal atau kewangan yang tidak stabil malah mengelirukan dan nilai ringgit terus jatuh.
Selain itu, harga barang-barang keperluan asas juga semakin naik, pelaburan asing semakin berkurangan, peluang pekerjaan semakin berkurangan malah ada agensi kewangan antarabangsa meramalkan ekonomi Malaysia akan menghadapi tekanan mulai bulan September tahun ini.
Jadi, semua janji-janji kononnya mengembalikan kesegaran ekonomi negara hanya menjadi retorik politik semata-mata.
Dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap di bawah kerajaan BN kini dilihat hanya sebagai propaganda politik daripada fakta.
Walaupun cukai barang dan Perkhidmatan (GST) yang kononya didakwa menyebabkan kenaikan harga barang dan menyusahkan sebahagian besar rakyat berpendapatan rendah dihapuskan dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), seperti terdahulu, harga barang keperluan asas termasuk harga barang-barang makanan masih tidak turun tetapi semakin naik.
Kurang yakin
Fenomena tersebut menimbulkan bukan sahaja rasa tidak puas hati malah kurang yakin rakyat di kalangan rakyat secara amnya dan dalam masyarakat India secara khususnya terhadap kebolehan kerajaan PH mengurus Putrajaya termasuk pentadbiran ekonomi negara.
Masyarakat India secara umumya, golongan muda secara khasnya yang bermati-matian menjatuhkan BN dan mengangkat PH sebagai parti memerintah, kini dilaporkan rasa amat kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH.
Mereka memilih PH dengan harapan agar kepentingan mereka, dalam konteks peluang pendidikan dan pekerjaan, peluang ekonomi dan perniagaan akan lebih baik daripada yang ditawarkan oleh kerajaan BN.
Tetapi, tindakan menolak peluang memasuki kursus matrikulasi oleh kerajaan PH jelas menghampakan harapan mereka, malah menimbulkan tanggapan bahawa masa depan mereka tidaklah seindah seperti yang dijanjikan oleh PH.
Sekiranya tanggapan tersebut diterima dalam fikiran sebahagian besar kaum India, maka PH akan menghadapi ancaman kehilangan sokongan kaum India pada masa akan datang yang menjadi asas untuk kemenangan PH pada PRU14.
Oleh itu, kerajaan PH perlu segera mengambil kira sentimen kaum India di akar umbi dan mengelakkan perasaan tidak puas hati tercetus di kalangan masyarakat India terhadap PH.
Kerajaan PH perlu memastikan kaum India tidak merasa mereka tertipu dengan pelbagai janji-janji yang akhirnya dianggap kosong atau sokongan hebat mereka kepada gabungan parti-parti PH adalah tidak menguntungkan serta menjamin masa depan yang cemerlang bagi mereka.
Seperti peribahasa, 'Dibilang genap, di pagar ganjil' iaitu apa yang nampak pada zahirnya sesuatu yang menguntungkan, tetapi selepas difikirkan masak-masak, ternyata sebenarnya rugi.'
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Fri Apr 19 2019
Bagi masyarakat India, pelajaran merupakan kunci atau tangga untuk mengubah nasib mereka atau 'pencetus' transformasi ekonomi kaum India. - Gambar hiasan
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.