awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shila Amzah teruja bakal adakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Rakyat Costa Rica mengundi pilih presiden baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekerapan perkhidmatan KLIA Transit ditingkatkan sempena lawatan Presiden China

Bernama
Bernama
15/04/2025
08:15 MYT
Kekerapan perkhidmatan KLIA Transit ditingkatkan sempena lawatan Presiden China
KLIA Ekspres memaklumkan kekerapan tren ditambah kepada setiap 15 minit pada waktu puncak dari 3 petang hingga 8 malam hari ini.
KUALA LUMPUR: Kekerapan perkhidmatan KLIA Transit antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditingkatkan bagi menampung keperluan penumpang susulan penutupan jalan sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia bermula hari ini.
KLIA Ekspres menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kekerapan tren ditambah kepada setiap 15 minit pada waktu puncak dari 3 petang hingga 8 malam hari ini, dengan kekerapan sama dijadualkan pada waktu puncak pagi dari 6 hingga 11 pagi Khamis.
"Pengembara ke dan dari lapangan terbang digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan tren tambahan ini bagi perjalanan yang lebih lancar dan boleh dipercayai," menurut kenyataan itu.
Lawatan Xi adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menandakan kesinambungan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang telah terjalin selama lebih lima dekad.
Ini adalah lawatan rasmi kedua Xi ke Malaysia selepas lawatan pertamanya pada 2013.
Pesawat khas yang membawa pemimpin China itu dijadualkan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 17 laluan di sekitar Lembah Klang akan terbabit penutupan sementara selama 30 hingga 45 minit pada Selasa hingga Khamis ini bagi memberi laluan kepada delegasi, sebelum dibuka semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden China
#Xi Jinping
#KLIA Transit
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan