PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi sekiranya ada calon sesuai.
Kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas dan penggantinya masih menjadi tanda tanya selain turut menimbulkan desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet.
"Rombak Kabinet? Kena rombak ke? Untuk mengisi kekosongan? Bila ada calon sesuai," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di sini hari ini.
Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid daripada Perikatan Nasional (PN), diugut supaya menyokong kerajaan, Anwar mahu dakwaan disertakan dengan bukti.
"Yang saya tahu saya belum jumpa (Iskandar Dzulkarnain), saya belum ada menghubunginya, saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut.
"Kalau ada bukti dia kata, keluarkan jangan pakai main bedal saja," kata beliau serta menambah bahawa tuduhan berkenaan adalah serius dan patut disiasat sepenuhnya.
Sebelum ini, PN dilaporkan mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan, akan didakwa atas kesalahan rasuah.
Ditanya mengenai sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu terhadap kepimpinannya, Anwar berkata beliau menghargai dan berterima kasih terhadapnya.
"Saya belum jumpa atau berhubung dengan beliau, tapi terima kasih di atas sokongan. Sama ada dia nak kekal dengan Perikatan Nasional adalah terpulang kepada dirinya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Anwar berkata kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi sekiranya ada calon sesuai. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.