awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan pekerja asing tiga sektor tidak lebih 30,000 orang - Sivakumar

Bernama
Bernama
05/09/2023
13:24 MYT
Kekurangan pekerja asing tiga sektor tidak lebih 30,000 orang - Sivakumar
Sivakumar berkata kementeriannya menerima pelbagai aduan daripada ketiga-tiga sektor itu berhubung keperluan mengambil pekerja warga asing. - Gambar fail
KLANG: Kekurangan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas dalam negara setakat ini tidak melebihi 30,000 orang.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ia berikutan kementeriannya menerima pelbagai aduan daripada ketiga-tiga sektor berkenaan berhubung keperluan mengambil pekerja warga asing.
Bagaimanapun, katanya jumlah sebenar pengambilan pekerja asing itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
"Kita sememangnya amat memahami keperluan mendesak ketiga-tiga sektor tersebut. Susulan itu, satu perbincangan terperinci di peringkat Kabinet perlu dilakukan bagi menentukan jumlah pekerja dan mekanisme terbaik menyelesaikannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau premis perniagaan di Little India, Jalan Tengku Kelana, di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor itu yang dibekukan sebelum ini.
Bagaimanapun, Anwar meletakkan syarat agar golongan belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja di tiga sektor berkenaan.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata pihaknya memberi jaminan akan memastikan tidak ada pihak menyalahgunakan permohonan bagi pengambilan pekerja asing dan ia akan dilaksanakan mengikut keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#V Sivakumar
#pekerja tekstil
#sumber manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan