awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan tenaga kerja, sukarelawan ditempatkan di HSA - Exco

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2025
00:50 MYT
Kekurangan tenaga kerja, sukarelawan ditempatkan di HSA - Exco
Sukarelawan Southern Volunteers ditempatkan di HSA bagi membantu kelancaran operasi harian hospital yang kini berdepan kekurangan tenaga kerja. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seramai 300 sukarelawan Southern Volunteers ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi membantu kelancaran operasi harian hospital yang kini berdepan cabaran kekurangan tenaga kerja.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, penugasan itu merupakan inisiatif jangka pendek susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta perbincangan bersama pelbagai pihak bagi menangani isu beban kerja tinggi dalam kalangan petugas kesihatan.
Menurutnya, sukarelawan Southern Volunteers kini bertugas membantu urusan bukan perubatan seperti proses pendaftaran, pengurusan dokumentasi dan membantu pergerakan pesakit di fasiliti berkenaan.
“Langkah ini merupakan penyelesaian sementara. Dalam masa sama, kerajaan negeri bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas.
"Ia bertujuan merangka penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja di hospital kerajaan,” katanya selepas melawat HSA bagi melihat penugasan sukarelawan SV.
Dalam pada itu, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sukarelawan SV ditempatkan secara berfasa bermula dengan 100 sukarelawan di lokasi-lokasi kritikal di HSA pada bulan ini.
Katanya, tambahan 100 sukarelawan pada Fasa 2 (Ogos) dan Fasa 3 (September) akan membolehkan mereka bertugas secara bergilir mengikut syif.
"Pelaksanaan inisiatif SV Healthcare ini mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai tindakan segera terhadap isu kekurangan kakitangan sokongan di HSA.
"Dengan penglibatan ahli SV sebagai sukarelawan pembantu hospital, ia membantu melancarkan pelbagai proses menguruskan orang awam seperti menghantar pesakit ke lokasi diperlukan, sekali gus mengurangkan beban kerja kakitangan hospital sedia ada," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah
#sukarelawan
#Ling Tian Soon
#Kekurangan tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan