KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memohon sekali lagi kepada kerajaan Persekutuan berhubung pengambilan tanah rizab di tepi Sungai Golok antara sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan kegiatan penyeludupan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya telah beberapa kali menyatakan kepada kerajaan Persekutuan supaya memberi peruntukan untuk pengambilan tanah di lokasi yang dikenal pasti.
"Lebih merumitkan apabila sepanjang sempadan negara terutama di Kelantan banyak bangunan dibina di atas rizab dan tanah-tanah kawasan tepi sungai.
"Ini menyebabkan terdapat banyak lorong tikus yang tidak dapat kita pastikan bahawa apabila penjenayah seberang dan dapat menyusup atau menyembunyikan diri di lokasi itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Syahbuddin Hashim (BN- Galas) yang meminta kerajaan negeri mengulas laporan berkenaan masalah sosial remaja di negeri ini yang serius termasuk dalam penyalahgunaan dadah serta di lokasi mana dadah masuk ke Kelantan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab soalan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullan (PAS-Limbongan) berkata kerajaan negeri telah menyalurkan sebanyak RM55,920 pada tahun lepas melalui Program Inisiatif Bersepadu bagi tujuan penghijauan penagihan dadah melibatkan dua kawasan berisiko tinggi iaitu jajahan Bachok dan Kota Bharu.
"Program yang dirancang dan dilaksanakan ini juga melibatkan kerjasama daripada pemimpin komuniti termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Jajahan, Penggawa, Penghulu dan Imam Masjid serta beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi empat fasa iaitu pembersihan, intervensi, pengukuhan dan pengekalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Kerajaan Kelantan akan memohon sekali lagi kepada kerajaan Persekutuan berhubung pengambilan tanah rizab di tepi Sungai Golok bagi mengelakkan kegiatan penyeludupan. - Gambar fail BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.