Skip to main content

Malaysia

Kelantan diramal terima baki 30 peratus hujan bulan ini

81575164253_TBABDULLAHAWANG.jpg
81575164253_TBABDULLAHAWANG.jpg
Advertisement
Kelantan diramalkan menerima taburan hujan yang masih berbaki sebanyak 30 peratus yang dijangka melanda bulan ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Abdullah Awang berkata, mengikut kebiasaannya, baki 30 peratus itu akan lebat taburannya pada Disember.

Menurutnya, 70 peratus taburan hujan sudah turun di seluruh Kelantan dan jangkaan hujan lebat akan berlaku sepanjang Disember.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan hulu, ia akan menyumbang kepada peningkatan paras air sungai.

Abdullah berkata, pintu air di Sungai Keladi akan ditutup secara automatik sekiranya paras air meningkat kepada tiga meter yang mungkin mendatangkan risiko kepada penduduk sekitar.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat malam tadi dengan mencatatkan bacaan 9.41 meter melepasi paras bahaya.



Must Watch Video

Advertisement