KELANTAN FC pada Rabu mengumumkan Alfredo Vera sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan Frank Bernhardt.

Perlantikan yang diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook itu dibuat bertujuan untuk mengembalikan semula 'taring' Kelantan FC susulan aksi tidak bermaya dalam saingan Liga Super ketika ini.

"Kami berharap dengan pengalaman dimiliki oleh Alfredo Vera dapat membantu Kelantan FC. Selamat maju jaya buat Alfredo Vera," katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Menurut kenyataan itu lagi, Alfredo Vera yang berasal dari Argentina mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua dalam saingan Liga Indonesia.

Ujarnya, antara pasukan yang pernah menggunakan khidmat Alfredo Vera ialah Persipura Jayapura ; Persebaya Surabaya dan banyak lagi.

Media sebelum ini melaporkan Bernhardt dilantik sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Sebelum ini melaporkan bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu Bernhardt dilantik sebagai pengarah teknikal Kelantan FC. -- Sinar Harian