KOTA BHARU: Kelantan mengenal pasti 15 lokasi di negeri itu yang sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) untuk menempatkan mangsa banjir di jajahan-jajahan yang terlibat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.
"Dua belas lokasi yang membabitkan tanah kerajaan negeri ialah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam, Tunjong dan Kampung Ketereh di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka (Tumpat), Kampung Kelapa Wangi (Pasir Mas), Pulai Chondong (Machang), Jedok, Kampung Bendang Besar dan Ulu Kusial, Kampung Sokor (Tanah Merah).
"Selain itu turut terlibat ialah Kampung Pahi dan Kemubu (Kuala Krai), Tapak Pasar Tani Kampung Ayer Lanas (Jeli) serta Kampung Ketil dan Kampung Limau Kasturi, Bertam (Gua Musang)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.
Mumtaz berkata tiga lokasi yang perlu dibuat semula pengambilan tanah adalah di jajahan Pasir Puteh iaitu Padang Pak Amat, Cherang Ruku dan Changgai.
"Satu lawatan telah diadakan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk cadangan asas bagi membina tiga dahulu PPK adalah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dan Kampung Kelapa Wangi, Pasir Mas," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lapan buah dewan akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal bagi menempatkan mangsa banjir, sedang dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan PPS.
Beliau berkata pembinaan kemudahan yang menggunakan peruntukan sedia ada NADMA itu, bagi memastikan mangsa yang dipindahkan ke PPS dapat menggunakan kemudahan yang lebih selesa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Kelantan mengenal pasti 15 lokasi di negeri itu yang sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) untuk menempatkan mangsa banjir di jajahan-jajahan yang terlibat. -Gambar hiasan
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.