KOTA BHARU: Kelantan mengenal pasti 15 lokasi di negeri itu yang sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) untuk menempatkan mangsa banjir di jajahan-jajahan yang terlibat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.
"Dua belas lokasi yang membabitkan tanah kerajaan negeri ialah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam, Tunjong dan Kampung Ketereh di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka (Tumpat), Kampung Kelapa Wangi (Pasir Mas), Pulai Chondong (Machang), Jedok, Kampung Bendang Besar dan Ulu Kusial, Kampung Sokor (Tanah Merah).
"Selain itu turut terlibat ialah Kampung Pahi dan Kemubu (Kuala Krai), Tapak Pasar Tani Kampung Ayer Lanas (Jeli) serta Kampung Ketil dan Kampung Limau Kasturi, Bertam (Gua Musang)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.
Mumtaz berkata tiga lokasi yang perlu dibuat semula pengambilan tanah adalah di jajahan Pasir Puteh iaitu Padang Pak Amat, Cherang Ruku dan Changgai.
"Satu lawatan telah diadakan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk cadangan asas bagi membina tiga dahulu PPK adalah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dan Kampung Kelapa Wangi, Pasir Mas," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lapan buah dewan akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal bagi menempatkan mangsa banjir, sedang dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan PPS.
Beliau berkata pembinaan kemudahan yang menggunakan peruntukan sedia ada NADMA itu, bagi memastikan mangsa yang dipindahkan ke PPS dapat menggunakan kemudahan yang lebih selesa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Kelantan mengenal pasti 15 lokasi di negeri itu yang sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) untuk menempatkan mangsa banjir di jajahan-jajahan yang terlibat. -Gambar hiasan
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.