KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Berdasarkan laman sesawang sistem pengurusan indeks pencemaran udara (APIMS), Segamat, Johor mencatatkan bacaan status kualiti udara tidak sihat IPU 152 setakat 4 petang ini.
Cheras, Kuala Lumpur juga Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 106, 107 dan 104 setakat 4 petang hari ini.
IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).
Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi satu klip video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya menunjukkan keadaan bangunan di Sekijang yang hampir tidak kelihatan dengan jarak penglihatan kurang daripada 200 meter.
"Beberapa hari kebelakangan ini kita mendengar berita negara dilanda jerebu di beberapa kawasan sahaja dan di antara kawasan yang terlibat yang terkesan teruk adalah di kawasan saya sendiri iaitu di Sekijang, Segamat," katanya.
Beliau berkongsi bacaan IPU tidak sihat antara 145 ke 150 setakat semalam dan menasihat orang ramai di kawasan terjejas supaya berhati-hati di dalam melakukan aktiviti luar.
Dr Zaliha berkata jerebu mengandungi partikel daripada asap dan habuk yang berisiko kepada kesihatan jika memasuki saluran pernafasan dengan banyak.
"Jerebu ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit seperti radang mata, hidung gatal, sakit tekak, batuk, selesema dan kegatalan kulit.
Kesan jangka panjang juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular," katanya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah supaya duduk di rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Cheras, Kuala Lumpur (foto), juga Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 106, 107 dan 104 setakat 4 petang hari ini. -Gambar fail/Bernama
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.