Kelantan mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan Lions XII 2-0 pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
Kelantan menunjukkan taring seawal minit keenam perlawanan apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain import dari Australia, Jonathan McKain, hasil sepakan sudut Mohd Fitri Omar.
Keadaan stadium yang hambar kembali bergemuruh dengan sorakan apabila skuad kendalian George Boateng menambah gol kedua pada minit ke-42 perlawanan hasil sepakan percuma kapten pasukan Mohd Badhri Radzi dari luar kotak penalti.
Tiga minit kemudian, pasukan pelawat cuba merapatkan jurang menerusi sepakan percuma Zulfahmi Arifin, bagaimanpun sepakannya tersasar dan melepasi palang gol.
Bersambung di babak kedua perlawanan, tiada sebarang jaringan dihasilkan walaupun kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus ke kubu pertahanan lawan.
Kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang apabila beberapa percubaan yang dilakukan sering tersasar dan tidak membutirkan sebarang gol.
Terdahulu, kira-kira 20,000 penonton di stadium turut bertafakur selama seminit dan membacakan surah al-Fatihah sebelum sepak mula bagi menghormati pemergian Mursyidul Am PAS dan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang, Khamis lepas.
Selain itu, sebanyak tujuh 'wira banjir' dari Manek Urai turut menerima hadiah berupa pas bola bermusim selama setahun, jersi dan mafla 'The Red Warriors' serta barangan elektrik daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sebagai penghargaan di atas tugas menyelamat mangsa banjir ketika bencana itu melanda negeri ini, Disember lepas.
Kelantan akan melayan kunjungan pendatang baharu Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sendiri pada 21 Feb ini.
Bernama
Mon Feb 16 2015
Kelantan mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan Lions XII 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Jonathan McKain gagal menyerlah - Azraai
Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.
Kelantan kutip tiga mata penuh benam Lions XII 2-0
Kelantan mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan Lions XII 2-0 pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.