awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan peruntuk RM4.5 juta bantu ibu tunggal terkesan PKP

Bernama
Bernama
13/06/2021
21:09 MYT
Kelantan peruntuk RM4.5 juta bantu ibu tunggal terkesan PKP
Mumtaz berkata, kerajaan negeri Kelantan komited memastikan setiap golongan yang terkesan PKP turut mendapat bantuan sepanjang tempoh negara dilanda wabak COVID-19. - Foto Twitter @drzul_albakri
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM4.5 juta tahun ini bagi membantu golongan ibu tunggal terutama yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membantu golongan berkenaan.
"Bagi RM50,000 pertama, kami telah selesai mengagihkan dalam siri pertama, seterusnya bagi siri kedua akan mula diagihkan selepas Jun," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, dekat sini semalam.
Mengulas lanjut, Mumtaz berkata kerajaan negeri juga komited memastikan setiap golongan yang terkesan PKP turut mendapat bantuan sepanjang tempoh negara dilanda wabak COVID-19.
Beliau berkata antaranya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM20,000 bagi bantuan kepada anak-anak yatim.
"Sementara, Bantuan Jejak Amal Covid Komuniti (JACK) iaitu golongan ketua keluarga berpendapatan dalam bentuk gaji harian akan diberikan sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM50.
"Di samping itu, sejumlah RM10,000 bagi siri kedua Bantuan Cakna Hawa iaitu golongan wanita berpendapatan rendah dengan mendapat gaji secara harian akan diagihkan kepada setiap DUN selepas Jun," katanya.
Ditanya mengenai permohonan bantuan ketika pelaksanaan PKP tahun lepas dan tahun ini, beliau berkata ia dilihat meningkat memandangkan ramai penduduk Kelantan yang merantau, pulang ke negeri ini berikutan kehilangan pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PPV
#PKP
#vaksin
#DUN
#ibu tunggal
#bantuan
#Mumtaz Md Nawi
#kerajaan negeri Kelantan
#anak yatim
#Ketua Keluarga
#berpendapatan rendah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan