MALAYSIA
Kelantan terima lebih RM12.6 juta hasil royalti hidroelektrik 2022 hingga 2024 - Exco

Hasil itu diterima daripada empat projek yang sedang beroperasi ketika ini dan menjana hasil untuk kerajaan negeri. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan melalui Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan telah menerima lebih RM12.6 juta kutipan hasil royalti hidroelektrik sejak tahun 2022 hingga 2024.
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan menerima lebih RM12.6 juta hasil royalti hidroelektrik dari tahun 2022 hingga 2024 melalui empat projek yang sedang beroperasi di Sungai Kenerong, Sungai Rek, Pergau dan Sungai Brooke.
- Kutipan hasil ini disalurkan melalui Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan dan menjana pendapatan berterusan kepada kerajaan negeri.
- Maklumat ini dikongsikan semasa persidangan DUN Kelantan sebagai jawapan kepada soalan mengenai jumlah royalti hidroelektrik yang diterima setakat ini.
"Jumlah keseluruhan hasil royalti yang diterima sejak 2022 hingga 2024 daripada projek-projek yang beroperasi ini lebih RM12.6 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kamaruzaman Mohamad (PAS-Gual Periok) yang bertanya mengenai jumlah hasil royalti hidroelektrik diterima kerajaan negeri setakat ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami