MALAYSIA
Kelantan tuan rumah sambutan Hari Kebajikan Haiwan peringkat kebangsaan - DVS

Dr Marzuna Md Yunus berkata sambutan itu dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Universiti Malaysia Kelantan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kelantan akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebajikan Haiwan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, yang memfokuskan kepada industri kuda di Resort Seri Nipah, Bachok pada Sabtu ini.
Ringkasan AI
- Kelantan akan menjadi tuan rumah Hari Kebajikan Haiwan Peringkat Kebangsaan 2025 yang memfokuskan kepada industri kuda, dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan, perkongsian maklumat kesihatan dan program pendaftaran kuda.
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperkenalkan inisiatif mikrocip ber-GPS dan kad pengenalan kuda untuk meningkatkan kesedaran pemilik terhadap tanggungjawab kebajikan haiwan.
- Masyarakat diseru agar tidak menzalimi haiwan dalam apa jua keadaan dan pemilik haiwan digalakkan memiliki pengetahuan asas penjagaan bagi memenuhi keperluan kebajikan haiwan peliharaan.
Beliau berkata antara aktiviti yang akan diadakan sempena sambutan itu adalah pertandingan Kuda SMART, persembahan atau pertandingan menunggang kuda secara santai, sesi perkongsian maklumat kesihatan dan penyakit serta taklimat pendaftaran dan pemindahan kuda.
"Pada sambutan kali ini, program Pendaftaran Kad Pengenalan Kuda akan diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pemilik supaya sedar mengenai tanggungjawab dan keperluan terhadap kebajikan haiwan ini seperti yang ditetapkan kepada haiwan lain juga," katanya ketika menjadi tetamu program 'Apa Khabar Malaysia' di Bernama TV di sini hari ini.
Selain itu, Dr Marzuna berkata DVS akan turut memperkenalkan inisiatif pemakaian mikrocip yang dilengkapi penjejak GPS dan nombor siri unik yang dihubungkan dengan maklumat pemilik dalam pangkalan data sebagai penandaan.
"Kami akan memberikan mikrocip dan kad pengenalan secara percuma kepada 10 peserta pertama yang mendaftar," katanya.
Dr Marzuna juga menasihatkan orang ramai agar tidak sesekali melakukan sebarang penganiayaan terhadap haiwan tanpa mengira jenis atau status haiwan, sama ada haiwan peliharaan atau haiwan jalanan.
"Perkara asas yang perlu difahami oleh masyarakat di negara ini ialah nilai ihsan dan empati terhadap haiwan. Isunya bukan sama ada kita ingin mengambil dan menjaga haiwan jalanan atau tidak, tetapi jangan sesekali menzalimi haiwan, dalam apa jua keadaan," katanya.
Beliau juga menyarankan pemilik haiwan memiliki pengetahuan asas penjagaan haiwan untuk memenuhi keperluan kebajikan haiwan peliharaan masing-masing.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami