Kelantan yang nyaris tewas kepada T-Team dalam perlawanan persahabatan malam tadi, perlu meningkatkan lagi persefahaman jentera tengah dan serangan untuk menghadapi Liga Super.
Ketua Jurulatih Kelantan K. Devan berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.
"Saya yakin pemain barisan hadapan dapat membentuk persefahaman dalam masa yang singkat ini, saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras dan mempamerkan corak permainan berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
Pada perlawanan itu, Kelantan yang kini popular dengan gelaran Pamoga Qu Puteh The Red Warriors berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Dramane Traore, selepas T-Team mendahului perlawanan menerusi Timislav Busic pada minit ke-63.
Kelantan akan membuka tirai perlawanan Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, 13 Februari ini.
Bernama
Sun Feb 07 2016
K. DEVAN: Saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras. - Gambar fail
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fajr Ibrahim kini pengarah teknikal TRW
Langkah membawa jurulatih dari Syria itu untuk mengemaskini semula perancangan Kelantan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia, musim ini.
K Devan tinggalkan Kelantan, KAFA bakal umum pengganti
K. Devan Devan merupakan jurulatih kelima dalam saingan Liga Super yang meninggalkan pasukan pada musim ini.
Kelantan tumpu jentera serangan dan tengah - K. Devan
Ketua Jurulatih Kelantan itu berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.