awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tumpu jentera serangan dan tengah - K. Devan

Bernama
Bernama
07/02/2016
03:04 MYT
Kelantan tumpu jentera serangan dan tengah - K. Devan
K. DEVAN: Saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras. - Gambar fail
Kelantan yang nyaris tewas kepada T-Team dalam perlawanan persahabatan malam tadi, perlu meningkatkan lagi persefahaman jentera tengah dan serangan untuk menghadapi Liga Super.
Ketua Jurulatih Kelantan K. Devan berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.
"Saya yakin pemain barisan hadapan dapat membentuk persefahaman dalam masa yang singkat ini, saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras dan mempamerkan corak permainan berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
Pada perlawanan itu, Kelantan yang kini popular dengan gelaran Pamoga Qu Puteh The Red Warriors berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Dramane Traore, selepas T-Team mendahului perlawanan menerusi Timislav Busic pada minit ke-63.
Kelantan akan membuka tirai perlawanan Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, 13 Februari ini.
Topic Berkaitan
#bola sepak Kelantan
#K Devan
#Liga Super
#Pamoga Qu Puteh The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan