awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelar isteri dan bayi: 11 individu diambil keterangan

Bernama
Bernama
09/07/2022
14:46 MYT
Kelar isteri dan bayi: 11 individu diambil keterangan
Kamarul Zaman berkata siasatan masih dijalankan dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seramai 11 individu telah diambil keterangan membabitkan kes pembunuhan seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan di Kampung Bakar Batu, di sini, Isnin lepas (4 Julai).
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan masih dijalankan dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan.
"Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini kes tersebut dan setakat ini kita telah rakam percakapan 11 orang saksi yang berada di kawasan tersebut dan yang melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes bunuh melibatkan suami kepada wanita berusia 26 tahun itu.
Kamarul Zaman berkata suspek berusia 24 tahun itu memberikan kerjasama kepada pihak polis dan meminta orang ramai agar memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.
Pada 4 Julai lepas, lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan, ditahan di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu.
Suspek ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang dan sebilah pisau pemotong daging padanya turut dirampas.
Suspek direman seminggu bermula 5 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelar isteri
#kelar bayi
#Johor
#status siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan