awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MSN ada cukup masa lakukan persiapan LTDL 2026 - Jefri
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelas KAFA dibuka semula 2, 3 Ogos

Bernama
Bernama
12/07/2020
10:50 MYT
Kelas KAFA dibuka semula 2, 3 Ogos
Menurut Dr Zulkifli, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan semua pihak dan persediaan sepenuhnya premis KAFA serta pengurusan tadbir urus sekolah kebangsaan. - Gambar fail
Sebanyak 5,619 Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dibuka semula pada 2 dan 3 Ogos ini.
Kelas bermula pada Ahad (2 Ogos) bagi negeri dalam Kumpulan A, manakala negeri bagi Kumpulan B memulakan kelas pada Isnin (3 Ogos).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan semua pihak dan persediaan sepenuhnya premis KAFA serta pengurusan tadbir urus sekolah kebangsaan.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menetapkan bahawa pembukaan semula KAFA pada Ahad, 2 Ogos bagi negeri-negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Isnin, 3 Ogos bagi negeri Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor).
"Berdasarkan perbezaan tempoh masa pembukaan semula KAFA dengan pembukaan sekolah rendah, saya berharap pengurusan pembukaan semula KAFA dapat berjalan dengan baik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Zulkifli berkata, JAKIM turut menyedari pemilihan model sekolah bagi sekolah kebangsaan akan memberi kesan kepada operasi KAFA.
"Merujuk kepada perutusan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin pada 1 Julai, sesi persekolahan bagi murid Tahun 5 hingga 6 akan bermula pada Rabu ini, manakala bagi murid Tahun 1 hingga 4 pada 22 Julai.
"Kementerian Pendidikan juga mengumumkan tiga pilihan model pengoperasian pembukaan penuh sekolah berdasarkan kapasiti sekolah.
"Sehubungan itu, penyelarasan perlu dibuat di antara agensi pelaksana negeri dengan jabatan pendidikan negeri bagi memastikan KAFA dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
Zulkifli berkata, pentadbir premis KAFA mesti memastikan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah dipatuhi.
"Saya berharap dengan persediaan yang rapi oleh semua pihak, pembukaan semula KAFA akan dapat berjalan dengan lancar dan anak-anak kita dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat," katanya.
Topic Berkaitan
#dibuka semula
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#KAFA
#Kelas al-Quran dan Fardu Ain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan