MSN ada cukup masa lakukan persiapan LTDL 2026 - Jefri

Jefri berkata tumpuan utama kini adalah kepada peranan PKBM untuk memastikan pasukan-pasukan menyertai perlumbaan LTdL kali ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) yakin mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan diperlukan bagi memastikan penganjuran perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 berjalan lancar.
Ringkasan AI
- MSN yakin mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 berjalan lancar, dengan fokus kepada peranan PKBM untuk memastikan penyertaan pasukan.
- Kerajaan telah peruntukkan RM12 juta bagi tempoh 2023 hingga 2025 untuk LTdL, dengan MSN masih menunggu keputusan Kabinet mengenai kelulusan dana untuk penganjuran bermula 2026.
- MSN akan mengadakan bengkel untuk perancangan penempatan jurulatih baharu dalam sukan badminton, dengan penekanan kepada bincangannya mengenai pasukan pelapis, podium, atau RTG.
"Kita akan angkat permohonan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk penganjuran bermula 2026 dan seterusnya, termasuk semua aspek penganjuran. Tunggu dalam masa dua ke tiga minggu lagi untuk keputusan Kabinet," katanya kepada pemberita di MSN di sini hari ini.
Menurut Jefri, kerajaan telah memperuntukkan RM12 juta bagi tempoh 2023 hingga 2025.
MSN mula mengendalikan penganjuran LTdL pada 2023 dengan edisi 2025 merupakan tahun terakhir kontrak MSN sebagai penganjur dengan persoalan mengenai kesinambungan kerjasama itu masih belum terjawab sehingga kini.
Dalam perkembangan lain, Jefri berkata perancangan sukan badminton untuk mengambil jurulatih baharu akan diketahui dalam masa terdekatn.
"Kita akan mengadakan bengkel pada 22 hingga 23 Jan ini, dan JKK (Jawatankuasa Kerja) pada awal Februari untuk bincangkan perincian perancangan mereka.
"Setakat ini, kita dengar ada empat hingga enam (jurulatih baharu), tapi kita belum tahu penempatan mereka. Dalam bengkel tersebut, kita akan perincikan sama ada untuk pasukan pelapis, podium atau RTG (Road to Gold). Kos akan tengok kebolehupayaan kita," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


