KUALA LUMPUR: Seminar saham terbesar di Malaysia tahun 2022 kini kembali menerusi program Menang Saham Bursa yang dianjurkan secara percuma bersama Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah Datuk Nazri Khan Adam Khan (DDNK).
Program berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu itu menerima pendaftaran sebanyak 20,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Kelas secara dalam talian itu memberi ilmu intensif kepada peserta bagi teknik dan strategi terbaik selain pelbagai kaedah paling mudah untuk menjana pulangan yang baik daripada saham-saham hebat serta patuh syariah di Bursa Malaysia.
Menurut Nazri Khan, beberapa inisiatif dikongsi bersama peserta menerusi sektor pelaburan patuh syariah dalam Bursa Malaysia, sekali gus dapat membantu memulihkan ekonomi kehidupan mereka.
“Kita tahu ramai yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 dan orang ramai mula sedar betapa pentingnya mencari pendapatan kedua dan tidak boleh hanya bergantung pada satu sumber sahaja.
“Anda hanya perlukan sebiji telefon bimbit, ilmu yang betul bagi menjana duit lebih daripada pelaburan saham ini mengikut masa anda dan boleh buat duit di mana mana sahaja.
“Di pasaran global terdapat sekitar 100,000 saham, 70,000 saham patuh Syariah. Di Bursa Malaysia sahaja terdapat lebih 665 syarikat tersenarai yang patuh Syariah,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui semasa program Menang Saham Bursa pada Sabtu.
Beliau berkata, amnya teknik yang digunakan adalah kaedah saham dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi selain mengambil peluang bagi potensi-potensi saham pelbagai sektor ‘panas’ pada setiap hari.
“Apabila mereka membeli saham, kita juga akan membeli dan sekiranya mereka melepaskan saham itu maka kita akan berbuat perkara sama. Itu antara teknik paling mudah dan kemungkinan mendapat pulangan sebanyak 70 hingga 80 peratus ketika waktu ‘power hour’.
“Waktu ‘power hour’ merupakan tempoh paling 'liquid volume' dan banyak syarikat-syarikat gergasi sedang ‘masuk’. Teknik ini kita dedahkan kepada peserta yang menyertai kelas selama dua hari ini.
“Paling menarik, saya akan berkongsikan dan paparkan secara langsung dagangan menggunakan akaun demo,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menawarkan sebanyak 10 siri video tentang saham secara eksklusif yang boleh diperoleh secara percuma di www.menangsaham.com sekarang.
Ingat, tak handsome tak pa, janji kaya!
* Kenyataan Penafian: Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
Haikal Raman
Mon Apr 18 2022
Kelas secara dalam talian ini memberi ilmu intensif kepada peserta bagi teknik dan strategi terbaik menjana pulangan daripada saham-saham hebat serta patuh syariah di Bursa Malaysia. - Foto DDNK
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Kelas Menang Saham Bursa DDNK raih 20,000 pendaftaran!
Beberapa inisiatif dikongsi menerusi sektor pelaburan patuh syariah dalam Bursa Malaysia, sekali gus membantu memulihkan ekonomi kehidupan.
DDNK dakwa 'scammer' salah guna nama, tagline
Jumlah kerugian yang dialami setiap mangsa penipuan yang menggunakan nama DDNK dianggarkan antara RM20,000 hingga RM100,000.
Pelaburan saham dan perpaduan kaum
Antara punca berlakunya isu perpaduan adalah disebabkan oleh wujudnya jurang pendapatan yang ketara.
Apabila gajah bertarung, rumput jadi mangsa
Apabila gajah bertarung, rumput yang menjadi mangsa.'Mungkin anda pernah mendengar peribahasa di atas yang agak popular beberapa bulan lalu yang pernah disebut oleh seorang Menteri dalam satu persi
Boris Johnson dan pasaran saham
Adakah pelantikan Boris sebagai PM Britain buka peluang untuk buat duit?