awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2024
09:36 MYT
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata, kelas terapung merupakan antara inisiatif terbaik dengan mewujudkan kelas khas di bengkel atau bilik bahasa. - Astro AWANI
KLANG: Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, kelas terapung merupakan antara inisiatif terbaik dengan mewujudkan kelas khas di bengkel atau bilik bahasa.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan konsep tersebut tidak boleh dilaksanakan di semua sekolah dan ia bergantung kepada kesesuaian.
"Penggunaan fasiliti sekolah akan dioptimumkan sebaik mungkin pihak sekolah seperti makmal, bengkel, bilik bahasa dan bilik kesihatan.
"Jika mereka ada kelas lebih, boleh buat konsep itu. Jika tiada, mungkin boleh guna kaedah lain bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar.
"Pengalaman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru ini, kita boleh lihat untuk digunakan di sekolah lain dalam jangka masa pendek atau sederhana," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke SMK Meru menerusi program Tindak Susul Parlimen (TSP) di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Fadlina yang Ahli Parlimen Nibong tebal itu berkata, berdasarkan statistik terkini, KPM mengenal pasti sebanyak 86 sekolah di seluruh negara yang padat, apabila terdapat lebih 40 pelajar dalam sesebuah kelas.
Beliau memberitahu, untuk jangka masa panjang, pembinaan sekolah-sekolah baharu dijangka dapat mengatasi isu kepadatan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#sekolah terapung
#kesesakan pelajar
#sekolah padat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan