awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000

Bernama
Bernama
04/10/2024
16:25 MYT
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Kamarul Rizal berkata lelaki itu kini direman dan usaha mengesan rangkaian sindiket penipuan terbabit giat dijalankan serta kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar Bernama
BALIK PULAU: Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata suspek ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di Bayan Lepas di sini hari ini, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya.
"Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank berbeza termasuk milik lelaki yang ditahan itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata lelaki itu kini direman dan usaha mengesan rangkaian sindiket penipuan terbabit giat dijalankan serta kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun hari ini di hadapan sebuah rumah di Pantai Acheh di sini bagi membantu siasatan kes merosakkan kenderaan milik seorang lelaki.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek bertindak memaki hamun, mengetuk kereta dengan batu dan membengkokkan cermin sisi kereta mangsa sehingga mengakibatkan kerosakan.
"Bertindak atas maklumat dan laporan polis yang dibuat mangsa, sepasukan polis telah menahan suspek dan dia kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#keldai akaun
#dalam talian
#siasatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan