awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM32,000

Bernama
Bernama
05/01/2024
03:50 MYT
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM32,000
Polis terima laporan mangsa yang telah diperdaya pelaburan dalam talian tidak wujud oleh sindiket penipuan dan susulan itu, berjaya menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud hingga menyebabkan mangsa kerugian RM32,597, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, pada Rabu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.
"Pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa bersangkut laporan di Bayan Lepas yang telah terpedaya pelaburan dalam talian tidak wujud oleh sindiket penipuan dan bertindak daripada itu, kita berjaya menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah melakukan transaksi ke beberapa akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,597," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan pelaburan dalam talian
#keldai akaun
#sindiket
#pelaburan
#lubuk scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan