awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2022
22:45 MYT
Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela
Rahmat Fitri (foto) berkata, keldai akaun digunakan oleh scammer untuk mendapatkan duit daripada mangsa. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Mudah mendapatkan akaun bank untuk tujuan penipuan menjadi punca 'scammer' memilih negara ini untuk menjalankan kegiatannya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Asisten Superintendan Rahmat Fitri Abdullah berkata, keldai akaun digunakan oleh scammer untuk mendapatkan duit daripada mangsa.
Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila pemilik asal akaun bank berkenaan bertindak menyerahkan butiran kepada pihak ketiga kerana didorong dengan bayaran dan sebagainya.
“Hasil siasatan mendapati scammer yang pernah ditangkap mengaku mereka mudah mendapatkan khidmat keldai akaun di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program Kompas Rasuah Busters ‘Waspada Helah Scammer’ dihoskan oleh Anim Ezati Rizki yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, sebagai orang yang bertanggungjawab, butiran mengenai akaun bank tidak sewajarnya diserahkan kepada pihak lain kerana ia merupakan satu kesalahan.
“Akaun bank adalah sulit kerana ia boleh disalahgunakan jika jatuh ke tangan pihak yang salah seperti scammer dan akhirnya digunakan untuk menipu mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penipuan skim pelaburan yang hadir dengan pelbagai modus operandi demi menyakinkan mangsa.
“Kalau diminta untuk melakukan transaksi wang kepada akaun peribadi untuk tujuan pelaburan itu adalah satu bentuk penipuan, jangan terpedaya,” tegasnya
Ujar beliau, kebanyakan mangsa tertipu kerana keuntungan yang ditawarkan scammer amat tinggi.
Tambahnya, taktik scammer bermula daripada grup Telegram atau WhatsApp untuk 'memancing' mangsa menggunakan nama syarikat e-dagang popular.
“Kaedah terbaharu mangsa diberi ‘task’ mudah dan mendapat duit sebelum scammer meminta mangsa melabur wang dalam jumlah yang besar kononnya boleh mendapat pulangan yang lumayan,” katanya.
Rahmat Fitri berkata, mangsa yang teruja kemudiannya sanggup bergolok gadai menghabiskan wang simpanan berpuluh ribu untuk menyertai skim pelaburan tipu berkenaan yang akhirnya menyebabkan kerugian besar,” katanya.
“Saya mahu terapkan nilai ‘STAR’ iaitu Stop, Think, Action, Respons bagi mengelak mangsa terjerat dengan scammer.
“Sebagai contoh kalau kita dihubungi oleh seseorang yang menuduh kita terlibat dengan jenayah tetapi hakikatnya kita tak pernah terlibat dengan perkara yang dinyatakan, tak payah layan panggilan itu,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#scammer
#keldai akaun
#Rahmat Fitri Abdullah
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan