awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad

Bernama
Bernama
06/04/2023
04:36 MYT
Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad
Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.
"...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yang sama.
"Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik...termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barangan lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Sementara itu, Mohamad berkata Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam urusan melibatkan siasatan dan pendakwaan berkaitan pembinaan LCS.
"Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengah dan persetujuan untuk ini telah kita capai, cuma ada satu kaveat yang kita tidak mahu iaitu mereka minta dikecualikan daripada apa jua sebarang tindakan pada masa akan datang.
"Kami tidak mahu berkompromi dalam hal itu, sebab apa, bagi kami di Kementerian Pertahanan, terpulang kepada agensi yang menyiasat...dan agensi pendakwaan itu bukan dalam ruang lingkup kementerian jadi siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka" katanya.
Jelasnya ketika ini kementerian telah bersetuju untuk menandatangani Universal Settlement Agreementuntuk menyelesaikan hal berkait orang tengah berkenaan.
"Kita akan bayar (syarikat) Contraves Advance Devices ini, pembayaran tersebut memang perlu dibayar untuk menyelesaikan (bayaran) kepada OEM (Pengilang Peralatan Asal)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LCS
#Mohamad Hasan
#Dewan Negara
#Kapal Tempur Pesisir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan