Kelewatan projek PoP jejas PdP, usaha pendigitalan di 736 sekolah Sabah

James bercakap pada sidang media selepas mempengrusikan mesyuarat penyelarasan bantuan laptop, Starlink dan panal solar sekolah di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu, 21 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Kelewatan pelaksanaan projek penyediaan perkhidmatan Internet terutama melalui teknologi gentian optik Point-of-Presence (PoP) di sekolah-sekolah di Sabah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha pendigitalan pendidikan di 736 sekolah di negeri ini.
Ringkasan AI
- Kelewatan pelaksanaan projek penyediaan perkhidmatan Internet di sekolah-sekolah Sabah melalui teknologi PoP gentian optik menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta usaha pendigitalan pendidikan di 736 sekolah.
- Menteri Pendidikan Sabah, Datuk James Ratib, menerima banyak aduan mengenai kekurangan perkhidmatan Internet, respons lambat, dan kelewatan pemasangan infrastruktur, dan mengancam menamatkan kontrak kontraktor jika terdapat bukti kegagalan.
- Situasi ini menyebabkan beberapa sekolah bergantung kepada menara 1BestariNet, menyebabkan capaian Internet rendah; kerajaan negeri akan menilai semula kontraktor untuk memastikan tiada kelewatan berpanjangan yang mengganggu proses PdP.
"Antara isu utama yang dikenal pasti termasuk perkhidmatan Internet di beberapa sekolah tidak memuaskan dengan capaian jalur lebar tidak mencapai tahap dijanjikan, serta respons lambat dalam menangani aduan.
"Malah, terdapat PoP yang belum sedia untuk digunakan walaupun telah disenaraikan sebagai siap, selain kelewatan pemasangan infrastruktur gentian optik walaupun lokasi telah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
James berkata situasi itu menyebabkan sebahagian sekolah masih terpaksa bergantung kepada menara 1BestariNet yang mengakibatkan kualiti capaian Internet kekal rendah dan tidak konsisten.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan melakukan penilaian semula prestasi pihak kontraktor secara menyeluruh merangkumi aspek pematuhan garis masa, kualiti perkhidmatan serta kecekapan pengurusan aduan.
"Penilaian ini bertujuan memastikan tiada kelewatan berpanjangan yang terus menjejaskan proses PdP khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman.
"Kementerian memandang serius perkara ini kerana akses internet yang stabil dan berkualiti merupakan keperluan asas dalam sistem pendidikan masa kini," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


